Wednesday 24 August 2016

Entri #18 Hidup Tak Selamanya Indah

Teks: Mardiana Alias
Foto: Facebook Siti Azurah


Cuba bayangkan apa akan jadi 5 atau 10 tahun akan datang
Kita boleh agak tak apa yang akan berlaku pada diri kita, suami kita dan anak-anak kita?
Kita pasti boleh merancang apa sahaja
Tapi adakah kita mampu melawan takdir
Sudah tentu jawapannya TIDAK!

Jadi apa persediaan kita?
Bersediakah kita andai takdir Allah mengambil nyawa suami di saat anak-anak sedang membesar
Mampukah kita seorang diri membesarkan mereka
Bagaimanakah pembelajaran mereka?
Berapakah pula kos pendidikan anak-anak?
Jika tanpa persediaan yang rapi
Pasti terduduk kita tanpa dapat berfikir dan berbuat apa pun!

Atas kesedaran ini jugalah suri bertekad!
Mahu pergi jauh dalam apa jua yang suri lakukan!
Jika berniaga, maka berniagalah bersungguh-sungguh
Lakukan kerja sebagai surirumah dan juga sebagai pengedar/stokis Qaseh Gold sehabis baik
Supaya semua dapat manfaatnya
Suri percaya anda semua pasti punya IMPIAN kan?
Begitu juga dengn suri
Suri mahu ada wang simpanan bagi pendidikan anak-anak
Suri mahu bawa sekeluarga mengerjakan umrah/haji bersama keluarga dan ibu-ayah
Suri mahu bina rumahku syurgaku dengan hasil titik peluh sendiri
Suri juga mahu melancong menikmati ciptaan Allah
Wahhh...panjang sangat jika mahu disenaraikan semuanya!
Dari angan-angan kita ubah menjadi impian
Dari impian kita ubah menjadi kenyataan
In Shaa Allah

Suri doakan agar anda semua dapat mencapai apa yang diimpikan
Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mencapainya
Allahumma Aamiin

Pada anda yang ada impian seperti suri, ayuh bersama-sama team suri kita sama-sama jana pendapatan dari rumah sebagai Ejen Dropship ataupun Pengedar Qaseh Gold.

Sekian dulu ya. Kita jumpa lagi nanti!

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras

Hadiahkan QASEH GOLD KEKANDA pada suami
agar sentiasa sihat dan bertenaga demi
mencari rezeki untuk keluarga



Monday 22 August 2016

Entri #17 - Tugasan WAHM Suri Profesional

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Bismillah
Assalamualaikum semua
Moga sihat selepas bercuti hujung minggu kan?
Pagi hari Isnin adalah hari yang paling suri suka
Sebabnya semangat baru 'refresh' kan lepas cuti

Dan yang pastinya banyak tugasan yang perlu dilaksanakan
Alhamdulillah tugasan suri sebagai surirumah sudah pun selesai untuk sesi pagi
Menjemur pakaian, memasak, mengemas rumah semua suri buat waktu awal pagi

Selesai semua barulah suri mulakan kerja-kerja sebagai Suri Profesional sebagai stokis qaseh gold pula.
Jawap segala pertanyaan customers qaseh, check order dari rakanniaga dan juga customers.
Buat sharing tentang aktiviti niaga di facebook, instagram dan di blog.
Urusan filing dan packing order biasanya suri akan buat pada waktu malam.

Cuma bila bekerja di rumah bersama anak-anak yang sedang membesar menjadikan jadual kerja suri sentiasa berubah-rubah.
Jadinya list-to-do tu amat penting supaya tidak ada kerja yang tercicir.

Suri doakan agar suri-suri di luar sana sentiasa diberi Allah kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan tugasan sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja dengan baik. Aamiin

Bagi suri-suri yang sedang mengintai peluang bisnes dengan modal rendah dan yang paling penting dapat jana pendapatan bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak, boleh cepat2 hubungi suri ya. Suri sedang mencari rakan2 pengedar yang boleh sama2 menyebarkan khasiat qaseh gold pada orang ramai.

Sekian dulu dari suri. Tunggu celoteh suri di lain entri ya.
Jemput LIKE fanpage terbaru suri sebagai tanda sokongan ya. Baru je 'create' khusus untuk berkongsi tentang kebaikan Qaseh Gold Junior dan Tablet Minda Homepothy I-GEnius Ana Cerdas. Klik SINI ya untuk like





Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultam/Stokis
Qaseh Gold Cheras








Sunday 21 August 2016

Rangsang Anak Jadi Bijak SIRI 1

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua
Pagi ni suri nak kongsikan beberapa TIPS MERANGSANG ANAK JADI BIJAK
Tidak perlu menghabiskan wang ringgit membeli alat permainan yang mahal-mahal sebenarnya
Hakikatnya anak yang dikandung itu sudahpun menjalani siri pembelajaran tak langsung dari perlakuan ibunya.

Ini adalah antara rangsangan yang suri amalkan pada keempat-empat anak2 suri
Nampak simple kan?
Sebenarnya inilah tips paling penting bagi merangsang perkembangan otak si anak.


1. BERTENTANG MATA. 
Luangkan masa dengan anak dan renung dalam-dalam anak matanya. Bayi sedang 'install' wajah ibu dalam memorinya

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Bab ni paling seronok. Walaupun bayi belum dapat memahami apa yang dibualkan. Beri masa beberapa saat untuk bayi respon. Lama-lama bayi akan faham

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Alhamdulillah sejak anak pertama suri tanamkan dalam diri na susukan anak selama mana yang boleh. Syukur pada Allah, anak-anak suri dapat suri susukan hingga usia mereka 2 tahun. Dan sekarang sedang susukan 'Ammar Farhan yang berusia 7 bulan.
Biasanya semasa menyusu suri akan renung mata mereka. Bercakap sambil usap kepala mereka. Sebab itulah agaknya anak-anak lebih rapat dengan ibu kan? 

4. JELIRKAN LIDAH
Dalam 10 cuma yang ini je yang suri TAK BUAT
Hehehe...
Point nya di sini, bayi seawal usia 2 hari boleh meniru aksi yang dilihat. 
Jadi boleh juga jika kita tukar dari jelirkan lidah pada memek muka yang lain bagi merangsang otak bayj kan?

5. HASILKAN BUKU BINATANG
Suri bukan ibu yang kreatif sangat. Jadi nak hasilkan buku sendiri memang mustahil.
Jadi apa suri buat ialah bawa anak ke zoo dan ambil gambar haiwan2 yang ada.
Sambil anak tengok gambar, sambil terangkan haiwan apa dan kenalkan serba-sedikit tentang bunyi dan makanannya.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA
Cair hati suri bila dengar anak gelak terkekek-kekek bila di geletek!
Sebenarnya ini juga boleh rangsang kepekaan anak-anak juga.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN
Uji ketajaman mata anak dengan beri 2 gambar dan minta cari perbezaan.
Contoh ambil gambar ayam dan itik.
Macam-macam idea yang anak akan keluarkan nanti.
Seronok! Cubalah!

8. BERKONGSI PANDANGAN
Setiap kali bawa anak-anak keluar rumah, suri akan layan mereka bercakap.
Untuk anak yang masih bayi, suri yang akan bercakap dan tunjukkan burung ke, pokok ke atau apa sahaja
Bagi anak-anak yang dah boleh bercakap, dengarkan celoteh apa yang mereka nampak dan layan setiap pertanyaan mereka dengan sabar. Sebab itulah waktunya sel-sel otak mereka berhubung.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Ada kajian mengatakan muzik ada kaitan dengan matematik. Patut la suri suka nombor sebab suri memang suka menyanyi dan dengar muzik.
Jadi part ni memang suri suka buat dengan anak-anak. Sebenarnya banyak teladan yang kita boleh ajarkan pada anak melalui lagu kanak2 ni. Nanti ada masa suri kongsikan ya.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. 
Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


Rasanya cukup dulu setakat ini ya.
Suri doakan para ibu di luar sana sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak. Kerana mereka adalah anugerah yang tak ternilai.
Jumpa di lain entri ya. Terima kasih kerana sudi baca celoteh suri ni ya.

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras

Friday 19 August 2016

Qaseh Gold Adinda


QASEH GOLD ADINDA
RM78.00
500 ml

Dirumus khas dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain. Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa.

FUNGSI
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
  10. Menstabilkan hormon
KEISTIMEWAAN
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.
TIP PENGGUNAAN
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik bagi memastikan khasiat madu terpelihara.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.


Hubungi Saya,

Puan Mardiana
011-15226503
Konsultan Qaseh Gold Anda

Thursday 18 August 2016

RAHSIA Sistem MLM Patuh Syariah Ana Edar

Teks: Mardiana Alias
Foto: Ana Edar


Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ni suri nak berceloteh tentang Cara Cepat Bebas Dari Belenggu Hutang Dengan Kaedah MLM
Suri belum lagi jutawan tetapi dalam misi menuju ke arah itu
Aamiin

Okay sebelum tu kita fikirkn dulu ini ya
PERLUKAH KITA BERHUTANG???
Agaknya lah kan, kalau tak berhutang dapat tak melanjutkan pelajaran ke universiti?
Kalau tak berhutang, dapat tak nak beli sebiji kereta idaman kalbu?
Kalau tak berhutang, dapat tak beli sebuah rumah banglo idaman hati?
Mesti MUSTAHIL jawapannya kan?
Sebab apa? Sebab kita dah set minda kita bahawa, nak beli sesuatu yang MAHAL kita PERLU BERHUTANG!

Best tak kalau bangun je dari tidur terfikir nak beli kereta
Bingkas bangun bersiap berdandan
Terus je tuju showroom kereta dan tunjuk je mana satu berkenan dan bayar tanpa rasa bersalah!
Hahaha...macam cerita drama kan?
Tapi itu boleh jadi realiti andai kita BIJAK BUAT KEPUTUSAN

Ada orang takut bila di sebut MLM@Multi Level Marketing
Fobia!!!
Memang lah fobia kalau main belasah daftar tanpa ILMU
Tapi hakikatnya memang benar
Nak CEPAT BEBAS DARI BELENGGU HUTANG adalah dengan cara join MLM
Sebab cara ni lah paling cepat kita boleh gandakan pendapatan kita
Tapi AWAS ye jangan pula join sistem yang pelik-pelik pula
Yang atas kerja sikit tapi dapat banyak
Yang bawah kerja macam apa tapi dapat CIPUT!

MLM yang suri maksudkan di sini ialah
Multi Level Marketing yang PATUH SYARIAH
Ehhh...ada ke yang macam ni???
Jangan tak percaya ya, sejak syarikat yang bayar gaji suri bulan-bulan ni dapat status MLM PATUH SYARIAH, berduyun syarikat lain berebut-rebut minta pihak pengurusan Ana Edar beri rundingan supaya mereka juga dapat status yang sama!
Bukan mudah prosesnya ya
Bukan sekali petik je boleh dapat tau
Banyak prosedurnya nak dapat status ni
Sebab apa, sebab ianya melibatkan agama dan ianya berkait rapat dengan pendapatan seseorang.
Jika sumbernya HALAL, maka yang halal jugalah yang dimakan dan jadi darah daging kita
Fikir2kan ya

Jom kita baca dulu apa UZAR sebut tentang MLM di facebook beliau

Menariknya MLM Ana Edar ni ialah
Pelan Pemasaran yang mudah dan jelas tanpa menindas mana-mana pihak
Pendek kata 'kita buat kerja, kita dapat hasil dari usaha kita itu'
Dengan modal yang rendah, kita boleh mulakan bisnes dengan mudah dan dapat jana pendapatan berteraskan pelan pemasaran yang tidak bercanggah dengan agama Islam



Ok lah suri nak sambung buat kerja rumah pula ni
Nanti kita jumpa di entri seterusnya ya.

Ikhlas dari suri,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras





Wednesday 17 August 2016

Rahsia Suri Bebas Jerawat

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias



Katakan TIDAK pada jerawat
Tapi, apa kaitannya dengan gambar di atas?
Macam takde kaitan kan!
Tapi sebenarnya sangat berkait rapat

Air adalah elemen terpenting dalam memastikan sistem perkumuhan badan berada dalam keaadan paling baik
Tanpa air proses pembuangan toksin2 dalam badan terhenti
Dan apa padahnya jika itu berlaku

Oleh sebab inilah kita perlu pastikan kita minum air secukupnya setiap hari
Supaya proses DETOX boleh berlaku dengan lancar

TAHUKAH ANDA kulit wajah yang bermasalah adalah salah satu tanda bahawa sistem perkumuhan dan pelawasan kita juga mengalami masalah!

Jadi jangan biarkan toksin2 berkumpul dalam badan kita terlalu lama.

Jom DETOX dengan Qaseh Kristal Sole

Resepi Air Detox Sole:

1.5 liter air
5 ml qaseh kristal sole
Beberapa hirisan lemon

Cara minum mudah sahaja. Sama seperti kita minum air masak, bezanya bila dititiskan Sole, air kita mengandungi 84 jenis mineral.

Pada SURI SUPERMOM semua
Anda perlu sentiasa sihat dan kuat
Demi keluarga tercinta
Jaga kesihatan ya

Salam sayang dari saya. Kita jumpa lagi di entri seterusnya. In Shaa Allah.

Ikhlas,
Mardiana Alias
011-15226503
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras






Tuesday 16 August 2016

Jaga Usus Kita Dengan Sole

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sesi upgrade ilmu berjalan dengan lancarnya semalam
Thanks to Cikgu Siti Azurah Binti Jalaluddin atas masanya
Walau beranak kecik masih sempat berkongsi ilmu
Banyak pahala kan berkongsi ilmu ni

Tahniah dan syabas juga pada #Rania2Hebat yang masuk bilik kebal menuntut ilmu
Jadi jangan lupa tugasan yang cikgu beri
Anda buat anda sendiri dapat manfaatnya kan?

Jom amalkan air bermineral sole ni setiap hari
Penting tau untuk kita #JagaUsus kita



#SajaKongsi #AirSole84Mineral #StokisQasehCheras #OhsemOgos #Gslgen2 #Qgsl #Abdr

Monday 15 August 2016

Berniagalah Walau Sudah Kaya

Teks: Mardiana Alias
Foto: Sumber Carian Google


Bismillah
Assalamualaikum Suri Hebat!
Sihat hari ni?
Senyum dulu ya, kita aktifkan sel-sel wajah dengan sedekah senyuman
In Shaa Allah awet muda gitu.

Kenapa ya kita perlu kaya?
Supaya kita ada lebih peluang memberi
Islam juga menggalakkan kita berniaga
Kerana apa?
Kerana apabila berniaga MAJIKAN SEBENAR kita adalah Allah Yang Maha Esa
Kebergantungan kita pada Allah adalah 100%

Maka jangan MALU minta yang besar-besar pada-Nya
Kerana Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Jom tunaikan Solat Sunat Dhuha ya.




Saturday 13 August 2016

Terpaksa Jalan Kaki Dek Kerana...

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Antara kenangan yang saya tak dapat lupakan ketika bersekolah di asrama suatu masa dulu.

Seronoknya dapat pulang ke kampung halaman. Dari Kuala Selangor menaiki bas hingga ke Kajang, terburai gelak-tawa bersama rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mahu pulang ke rumah ibu dan bapa masing-masing. Dari Kajang, kami membawa haluan masing-masing. Saya pula menaiki bas ke Beranang, kampung tempat saya membesar sehingga berumur 12 tahun.

Ting! Saya tekan loceng bas. Alhamdulillah selamat sampai juga saya. Hajat di hati mahu hubungi ibu atau ayah di rumah, minta jemput saya di simpang kampung. Apakan daya, rosak pula telefon awam satu-satunya telefon awam yang ada di situ. Maklumlah sekitar tahun 1996/1997, semasa saya di Tingkatan 4/5, penggunaan telefon bimbit belum berleluasa seperti sekarang. Maka berjalan kakilah saya perlahan-lahan dengan harapan, akan ada orang kampung yang kenal saya dan sudi tumpangkan hingga ke rumah. Malangnya nasib saya, tidak ada sesiapa pun yang sudi berhenti dan mempelawa saya naik kereta mereka. Tidak kenal barangkali menyebabkan mereka tidak pelawa kan? Akhirnya sampai juga saya di rumah mak. Lenguhnya kaki hanya Allah yang tahu.

Tak hairanlah mengapa mereka tidak kenal saya, kerana saya 'wujud' di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang hanyalah sebentar. Seawal usia 13 tahun hingga 17 tahun duduk di asrama. Selepas itu di kampus UIA pula. Kemudian bekerja di Kuala Lumpur dan seterusnya berumahtangga dan kini menetap di Cheras.
Inilah simpang masuk kampung halaman saya
Foto: http//malaysianland2011.blogspot.com


Tersenyum saya tatkala teringat kisah lalu hingga tergerak dalam hati mahu menulisnya di sini sebagai CATATAN PENGALAMAN diri.

Begitu jugalah dalam perniagaan. Lagi-lagi SURI PROFESIONAL seperti saya yang berniaga dari rumah. Jika saya tidak dikenali sebagai konsultan/stokis QASEH GOLD di tempat sendiri, bagaimana mahu menguasai tempat lain pula kan???

Malam Anugerah Extravaganza
Gaseh Gold 2014




Fahami Sistem Bisnes Modal Rendah

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Bismillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman
Semoga sihat semua dan dimurahkan rezeki oleh-Nya
In Shaa Allah
Aamiin

Hari ni Sabtu kan?
Cuti atau kerja?
Best kan kalau kita cuti tapi duit tetap masuk dalam akaun bank kita?
Sambil goreng ikan kat dapur pun, duit boleh masuk dalam akaun
Fuhhh...!
Boleh ke? Macam mustahil je bunyinya tu

Percayalah wujud sistem bisnes yang begitu
Bisnes modal rendah
Risiko juga rendah
Peluang luas
Kos pemasaran juga rendah

Apa anda perlu buat?
Cuma perlu fahami sistemnya kemudian terus mulakan langkah
Jangan pula berbisnes tanpa ilmu
Tanpa fahami dahulu bagaimana sistem nya ya
Dan janganlah pula terpesona dengan jumlah pulangan yang BESAR tapi memerlukan kita mengeluarkan modal yang BESAR juga!

Mula dengan yang kecil
Buat dengan ilmu dan tanpa henti
Anda akan nampak HASILnya
CEPAT atau LAMBAT itu sahaja persoalannya!

Andai ada suri yang ingin ADA DUIT POKET BULANAN,
Tapi risaukan tentang MODAL,
Anda KENA HUBUNGI saya segera
Lagi lama anda fikir, lagi lambat duit poket anda masuk nanti.


Perkenalkan sistem BISNES MODAL RENDAH
Anda pasti tak akan rugi?
Nanti dulu! Jangan percaya sebelum anda betul-betul fahami sistem ni ya
Izinkan saya beri penerangan pada anda dahulu
Kemudian anda buat keputusan ok?

Anda pilih salah satu
Penerangan melalui EMEL, WHATSAPP ataupun jumpa saya di CHERAS.

Anda SMS saya dengan kata kunci QASEH301, saya akan balas sepantas kereta lumba FORMULA 1

Saya tunggu ANDA!

Sekian dulu. Jumpa lagi nanti ya!


Suka Kongsi Peluang Niaga
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras


Friday 12 August 2016

Anak-Anak Penguat Semangatku

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Renung wajah anak-anak di kala mereka lena
Amatlah membahagiakan
Rasa tenang hati kan?
Mereka adalah anugerah dari Allah buat saya dan juga suami
Di usia perkahwinan menjangkau ke angka 10 tahun, alhamdulillah kami diserikan dengan 4 cahayamata yang sangat comel dan bijak

Sejak memegang title SURI PROFESIONAL QASEH GOLD, ke mana sahaja saya pergi, mereka pasti akan ada bersama. Hatta ke kelas pun saya akan bawa mereka. Sama ada seorang sahaja yang paling kecil, ataupun bersama kakak-kakaknya. Kerana bagi saya anak-anaklah penguat semangat saya. Mereka lah BIG WHY saya untuk terus mengorak langkah sebagai SURI PROFESIONAL yang berjaya. In Shaa Allah Aamiin.

Alhamdulillah dipertemukan dengan  Syarikat Ana Edar yang amat memahami para usahawan wanita yang mempunyai anak. Inilah salah satu kekuatan Ana Edar, kerana membenarkan kami membawa anak-anak ke majlis ilmu yang diadakan. Jadi ianya memudahkan kami meningkatkan ilmu di dada dengan rasa tenang.

Jangan pernah menganggap anak-anak sebagai penghalang untuk kita berjaya. Kerana sesungguhnya mereka adalah anugerah yang tak ternilai.

Sekian dulu dari saya ibu anak 4 ;-)
Salam Jumaat penuh baroqah

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsutan/Stokis
Qaseh Gold Cheras

Semasa di NQN
Kelas Offline Bina Blog bersama Cikgu Anys


Acara Wajib Selepas Kelas
Merestok Barang Dagangan
Bersama Leader Azurah





Makanan/Minuman Sebagai 'MILK BOOSTER'

Teks: Mardiana Alias
Foto: Sumber Carian Google


Bismillah
Assalamualaikum suri hebat!
Petang ni saya nak kongsi sikit mengenai MILK BOOSTER.
Adakah sama untuk semua orang?
Sering kali ibu-ibu muda kebingungan bila ada yang menyarankan makan ini susu melimpah keluar bak air paip, minum ini susu mengalir deras baik air terjun!
Aduhai ibu, banyakkan membaca ya
Jangan percaya terus apa yang disarankan

Ok, mungkin kita perlu tukar dari 'milk booster' kepada 'energy booster'.
Kerana dengan adanya tenaga di mana ibu tidak keletihan, emosi ibu berada di tahap stabil, sudah tentu pengeluaran susu juga lancar. Andai mahukan keterangan secara ilmiah, boleh lah hubungi pakar laktasi yang bertauliah ya. Saya belum lagi layak memegang jawatan tersebut. Cuma mempunyai pengalaman menyusukan 4 orang anak dan melalui pembacaan serta sering bertanya pada sahabat-sahabat yang merupakan pakar-pakar laktasi. Jadi boleh lah saya kongsikan sekadarnya pada ibu dan suri di luar sana ya.

Amat penting bagi ibu yang menyusukan anak itu mengawal stres/emosinya. Andai ianya terganggu, makanlah sebanyak mana pun booster, tetap pengeluaran susu akan terganggu.

Suka saya nak kongsikan ENERGY/MILK BOOSTER yang paling cepat kesannya pada saya dengan ibu/suri semua.

Ianya ada disebut-sebut dalam Al-Quran, iaitu KURMA. Kenapa kesannya pantas ya? Dari ilmu yang dibekalkan oleh Ana Edar untuk semua konsultannya, kami semua maklum bahawa di dalam kurma itu terdapat gula ringkas yang memberi tenaga secara pantas/segera. Sementelah itu, kita disunatkan memakan kurma ketika berpuasa sebagai sumber tenaga.

Dan, sekarang serba-serbi mahu mudah dan cepat. Maka dari kurma saya tukar pula mengamalkan qaseh gold.

TAHUKAH ANDA 80% DARI KANDUNGAN QASEH GOLD ADALAH DARI KURMA DAN JUGA MADU

Andai anda ibu/suri di luar sana, mahu sembang-sembang tentang penyusuan susu ibu, boleh lah hubungi saya ya. In Shaa Allah saya dengan hati terbuka bersedia berkongsi rasa dan pengalaman bersama kalian.

Sekian dulu. Jumpa lagi ya.
Selamat berhujung minggu buat suri semua

Ikhlas,
Mardiana Alias
011-15226503
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras





Wednesday 10 August 2016

Tip Jaga Kesihatan Sambil Memasak

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat suri semua

Apa ya perancangan aktiviti hari ni?
Dah senaraikan ikut priority?
Menjadi seorang suri atau home-minister perlu ada perancangan bukan?
Jika tidak memang huru-haralah jadinya
Perlu ada disiplin dalam melaksanakan apa yang dirancang

Seawal pagi sudah bersilat di dapur
Masak yang mudah-mudah sahaja
Janji perut kami sekeluarga terisi dan yang pasti memasak dari hati yang kaya dengan kasih dan sayang

Suri masak apa hari ni? Menu utama saya hari ni ialah Ayam Masak Tomyam Putih. Wah, nama menu dahsyat kan!
Dipadankan pula dengan Sambal Belacan. Fuh, terangkat kening bak Ziana Zain dek kepedasan. Heh!


Dah alang-alang cerita tentang memasak ni, saya selitkan sekali HERO dalam masakan saya sejak 3 tahun kebelakangan ni ya. Tanpa ia tidak ada rasalah masakan saya. Jika ia digantikan dengan yang biasa-biasa, maka semakin banyak lah penyakit yang datang mendekat.

Siapakah HEROnya?

Foto: Mardiana Alias

Inilah dia QASEH GARAM MASAKAN. Hebat penangan garam ni. Ada 84 jenis mineral di dalamnya didatangkan khas dari Banjaran Himalaya. Jadi, sambil masak, sambil kita jaga kesihatan seisi keluarga. Alhamdulillah masak dengan garam ni masakan jadi bertambah sedap tau. Tak perlu guna PAK AJI dah lepas tu. Dan satu lagi, masakan kita pun lambat basi tau para suri. Jadi ianya amat menjimatkan!

Kepada para suri yang ingin memasak menggunakan garam mineral seperti saya, boleh hubungi saya terus ye di talian 011-15226503.

Sekian dulu. Jumpa lagi!

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras




Tuesday 9 August 2016

Atasi Bayi Demam Cara Alami

Teks: Mardiana Alias
Foto: Sumber Carian Google
Bismillah
Assalamualaikum suri

Sejak petang tadi segala urusan tergendala sedikit, kerana fokus pada imam cilik 'Ammar Farhan. Dari tengahari badannya dah dedar. Terdetik dalam hati;
"Eh, lain macam je dedar badannya ?"
Mujur 'Ammar aktif macam biasa cuma sesekali batuk. Tekak tak selesa agaknya.

Maka jadual harian ibu sebagai SURI PROFESIONAL QASEH GOLD perlu diubah sedikit. Ini antara cara saya biasa buat seandainya bayi demam.

1. Buka pakaian bayi atau pakaikan yang nipis sahaja. Kerana pakaian terlalu tebal akan menjadikan suhu badan bayi bertambah tinggi

2. Lap atau jerlumkan badan bayi menggunakan tuala.
Titiskan beberapa titik Qaseh Kristal SOLE ke dalam besen berisi air dan mula lap ke seluruh badan bayi sehingga panas badan berkurangan

3. Susukan bayi sekerap mungkin bagi mengelakkan dehidrasi

4. Baby 'Ammar sudah makan makanan pepejal, jadi selain saya tambah Qaseh Gold Junior dalam purinya, saya juga suapkan sesudu kecil bagi membekalkan tenaga dan bagi mengelakkan sembelit juga.

Semoga dengan ikhtiar Qaseh Gold dan Sole, 'Ammar Farhan cepat sihat dan makin kuat sistem imun tubuhnya. In shaa Allah. Aamiin.

Diharapkan sedikit perkongsian dari saya, dapat membantu para suri di luar sana.

Andai suri-suri yang lain punya cara alami juga, bolehlah kongsikan di sini ya.

Sihat Itu Jihad.


Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Berdaftar
Qaseh Gold Cheras



Monday 8 August 2016

Belajar Panduan Bina Blog Perniagaan dengan Betul

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias

Bergambar bersama Cikgu Anys selepas kelas
Ada pula model cilik Qaseh Gold

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya doakan anda semua sentiasa sihat, kaya dan berjaya
Aamiin

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 6 Ogos 2016, saya berpeluang hadir dalam kelas membina blog bersama Guru Online Akademi Bekerja Dari Rumah@ABDR iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria di pejabat urusan Nur Qaseh Network@NQN bertempat di Sungai Buloh. Bertemu 4 mata dengan beliau adalah satu rahmat dari Allah buat saya. Terus bersemangat nak jadikan blog sebagai satu wadah buat saya meneruskan perjalan bisnes QASEH GOLD.

Seronok berguru dengan Cikgu Anys. Penerangan yang sangat bagus di samping memberikan alat bantu mengajar yang padat serta mudah dipraktikkan. Pendek kata, pada yang tidak tahu apa itu blog, selepas habis kelas terus pandai bina sebuah blog perniagaan yang baik. Jadi sangat berbaloi saya hadir ke kelas beliau. Saya siap bawa adik-adik dari kampung untuk bantu saya jagakan anak-anak qaseh saya seramai 4 orang semasa ibu mereka belajar blog. Alhamdulillah Allah permudahkan cara saya untuk menambah satu lagi cara pemasaran terbaik. In shaa Allah takkan saya sia-siakan peluang depan mata ini.

Cikgu Anys sebelum ini menjalankan kelas blog secara online dan atas permintaan usahawan-usahawan QASEH GOLD, beliau sudi datang dari Johor ke Sungai Buloh menurunkan ilmu beliau pada kami. Terima kasih buat cikgu. Semoga dengan perkenalan ini, saya dapat menyebarkan manfaat QASEH GOLD dengan lebih bersistematik dan lebih meluas lagi. Aamiin.

Selain daripada kelas, Cikgu Anys juga menyediakan kumpulan sokongan buat pelajar-pelajar yang pernah menghadiri kelas beliau, sama ada secara online mahupun secara offline. Beliau akan beri panduan secara berterusan sehinggalah para pelajar mahir dalam menghasilkan blog perniagaan yang bermutu.

Kepada suri di luar sana, seandainya masih tercari-cari peluang perniagaan, boleh lah menghubungi saya Puan Mardiana Alias di talian 011-15226503 dan saya akan kongsikan bagaimana KESIHATAN BOLEH MEMBANTU ANDA MENJANA PENDAPATAN.
Saya juga akan kongsikan cara yang paling sesuai bagi para suri yang ingin berniaga dari rumah seperti saya.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar ABDR, hubungi saya dan saya akan bantu anda ya.

Sekian dulu buat masa ini. Kita berjumpa di lain entri ya.

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Berdaftar
Qaseh Gold Ceras






Sunday 7 August 2016

Pengenalan Diri Bahagian Kedua

Teks: Mardiana Alias


Bismillahirrahmanirrahim

Entri ini adalah sambungan dari entri pertama saya KLIK SINI
Kali ini saya ceritakan kisah bermulanya perjalanan saya sebagai SURIRUMAH dan juga sebagai SURI PROFESIONAL.

Sejujurnya pada fasa awal bergelar surirumah, saya memang stress. Kelam-kabut menguruskan segala hal rumahtangga. Dari waktu bangun tidur, sehinggalah waktu mahu melelapkan mata diulit mimpi pada waktu malam. Alhamdulillah dengan bantuan suami dan juga anak-anak, perlahan-lahan saya mula jatuh cinta dengan kerjaya baru saya iaitu sebagai surirumah. Sebab apa? Kerana masa saya lebih banyak dihabiskan bersama orang-orang yang saya sayang. 

Sebelum tidur biasanya saya rancang dahulu apa yang ingin saya selesaikan pada hari esok. Basuh kain, angkat jemuran, jemur kain, lipat kain, menggosok pakaian, memasak, mengemas rumah, bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Setelah beberapa bulan bergelar surirumah, saya terfikir pula mahu berniaga semula. Ya, saya pernah berniaga dahulu tetapi tidak secara serius. Lebih kepada mengisi masa yang terluang sahaja. Kali ini saya seolah-olah temui semangat baru. Mahu cuba sesuatu yang bukan bidang yang saya pelajari dulu. BERNIAGA! Dan bermula lah perjalanan saya sebagai SURI PROFESIONAL QASEH GOLD.

Bermula dari mengamalkan Qaseh Gold Adinda pada Oktober 2013, saya terus mendaftar sebagai Rakan Niaga selepas yakin bahawa produk ini sangat bagus kerana bukan sahaja diperbuat dari bahan-bahan yang terbaik, malah ia juga mudah untuk diamalkan. Pepatah 'tak kenal maka tak cinta' sangat bertepatan dengan saya. Setelah jatuh cinta dengan Qaseh Gold dan mendalami pelan pemasarannya, saya amat bersyukur pada Allah kerana mempertemukan saya dengan satu peluang niaga yang berlandaskan syariah. Sungguh saya pasti bahawa pilihan saya adalah tepat kerana terbukti ia telah membantu saya menjana pendapatan walaupun bergelar surirumah. Jika saya boleh, pasti suri yang lain juga boleh, bukan?

Sekian dahulu ya. In Shaa Allah kita bertemu di entri seterusnya.



Saturday 6 August 2016

Pengenalan Diri



Teks: Mardiana Alias
Sumber Foto: Mardiana Alias

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

SALAM PERKENALAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan rezeki yang diberikan. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh-Nya. Aamiin.

Izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Mardiana binti Alias. Merupakan suri kepada Mohd Azuan bin Yusof dan ibu kepada 4 orang cahaya mata, 3 orang puteri dan seorang putera bernama 'Aina Umairah, 'Aisyah Raihanah, 'Alyaa Qaisarah dan 'Ammar Farhan. Bekerja dari rumah sebagai Konsultan dan Stokis Berdaftar Qaseh Gold keluaran ANA EDAR. Di samping melunaskan tanggungjawap sebagai konsultan, dapat juga membesarkan anak-anak dengan penuh kasih dan sayang sebagaimana yang diterapkan oleh bonda dan ayahanda tercinta. Terima kasih buat ibu dan ayah kerana membesarkan kami seramai 6 orang adik-beradik kesemuanya.

Mendapat pendidikan rendah di kampung halaman, selama 6 tahun di Sekolah Kebangsaan Beranang. Sejak di bangku sekolah lagi saya merupakan pelajar yang aktif dalam sukan. Sukan pilihan saya ialah olahraga, bola jaring dan juga badminton. Berkecimpung dalam bidang sukan mengajar saya erti berdisiplin dan jangan mudah mengaku kalah.Berbekal keputusan UPSR 4A 1B saya meneruskan peringkat menengah dari Tingkatan 1 dan 2 di  sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Agama Selangor, Kajang dan Tingkatan 3 hingga 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor. Minat dalam sukan masih saya teruskan walaupun sudah berada di sekolah menengah. Selagi saya bijak membahagikan masa, In Shaa Allah kedua-duanya mampu berjalan seiring.

Berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, melayakkan diri untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dan akhirnya dengan izin Allah berjaya bergelar graduan dalam jurusan perakaunan dan menjawat jawatan sebagai seorang Juruaudit Akaun di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selama 5 tahun. Bekerja sebagai juruaudit bukanlah sesuatu yang mudah. Saya tidak banyak masa untuk bercampur gaul dengan teman-teman selain dari rakan sekerja. Senang cakap, asal celik mata sahaja fikiran teringat tentang kerja. Keluar kerja gelap, balik dari kerja juga gelap. Sungguh saya GILA KERJA waktu itu. Tapi dek kerana saya minat tentang audit, segalanya saya tolak tepi. Gaji pada waktu itu tidaklah sebesar mana. Alhamdulillah mampu juga saya buat simpanan sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah, semasa bekerja sebagai juruaudit membuka ruang untuk saya berkenalan dengan suami saya, Mohd Azuan Yusof yang waktu itu merupakan salah seorang rakan sepejabat. Tidak lama selepas mendirikan rumahtangga, saya disahkan hamil. Gembira bukan kepalang saya dan suami waktu itu. Rezeki lebih baik Allah beri dan saya ditawarkan pula peluang kerjaya yang lebih sesuai untuk suri seperti saya. Jika dahulu semasa bekerja sebagai juruaudit, saya lebih banyak kerja-kerja luar berbanding duduk di dalam pejabat. Kini masa saya lebih banyak di pejabat menguruskan akaun syarikat. Aturan Allah itu sangat cantik. Selepas sahaja habis tempoh berpantang melahirkan puteri ketiga kami, suami izinkan saya untuk berhenti kerja. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tanpa ambil masa yang lama, saya terus bersetuju.

Maka bermula lah episod saya sebagai SURIRUMAH bersama 3 orang puteri.

Nantikan sambungan pada entri seterusnya. Saya akan kongsikan pengalaman bergelar Surirumah dan juga sebagai Suri Profesional QASEH GOLD.