Tuesday 9 August 2016

Atasi Bayi Demam Cara Alami

Teks: Mardiana Alias
Foto: Sumber Carian Google
Bismillah
Assalamualaikum suri

Sejak petang tadi segala urusan tergendala sedikit, kerana fokus pada imam cilik 'Ammar Farhan. Dari tengahari badannya dah dedar. Terdetik dalam hati;
"Eh, lain macam je dedar badannya ?"
Mujur 'Ammar aktif macam biasa cuma sesekali batuk. Tekak tak selesa agaknya.

Maka jadual harian ibu sebagai SURI PROFESIONAL QASEH GOLD perlu diubah sedikit. Ini antara cara saya biasa buat seandainya bayi demam.

1. Buka pakaian bayi atau pakaikan yang nipis sahaja. Kerana pakaian terlalu tebal akan menjadikan suhu badan bayi bertambah tinggi

2. Lap atau jerlumkan badan bayi menggunakan tuala.
Titiskan beberapa titik Qaseh Kristal SOLE ke dalam besen berisi air dan mula lap ke seluruh badan bayi sehingga panas badan berkurangan

3. Susukan bayi sekerap mungkin bagi mengelakkan dehidrasi

4. Baby 'Ammar sudah makan makanan pepejal, jadi selain saya tambah Qaseh Gold Junior dalam purinya, saya juga suapkan sesudu kecil bagi membekalkan tenaga dan bagi mengelakkan sembelit juga.

Semoga dengan ikhtiar Qaseh Gold dan Sole, 'Ammar Farhan cepat sihat dan makin kuat sistem imun tubuhnya. In shaa Allah. Aamiin.

Diharapkan sedikit perkongsian dari saya, dapat membantu para suri di luar sana.

Andai suri-suri yang lain punya cara alami juga, bolehlah kongsikan di sini ya.

Sihat Itu Jihad.


Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Berdaftar
Qaseh Gold Cheras



No comments:

Post a Comment