Saturday 13 August 2016

Terpaksa Jalan Kaki Dek Kerana...

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Antara kenangan yang saya tak dapat lupakan ketika bersekolah di asrama suatu masa dulu.

Seronoknya dapat pulang ke kampung halaman. Dari Kuala Selangor menaiki bas hingga ke Kajang, terburai gelak-tawa bersama rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mahu pulang ke rumah ibu dan bapa masing-masing. Dari Kajang, kami membawa haluan masing-masing. Saya pula menaiki bas ke Beranang, kampung tempat saya membesar sehingga berumur 12 tahun.

Ting! Saya tekan loceng bas. Alhamdulillah selamat sampai juga saya. Hajat di hati mahu hubungi ibu atau ayah di rumah, minta jemput saya di simpang kampung. Apakan daya, rosak pula telefon awam satu-satunya telefon awam yang ada di situ. Maklumlah sekitar tahun 1996/1997, semasa saya di Tingkatan 4/5, penggunaan telefon bimbit belum berleluasa seperti sekarang. Maka berjalan kakilah saya perlahan-lahan dengan harapan, akan ada orang kampung yang kenal saya dan sudi tumpangkan hingga ke rumah. Malangnya nasib saya, tidak ada sesiapa pun yang sudi berhenti dan mempelawa saya naik kereta mereka. Tidak kenal barangkali menyebabkan mereka tidak pelawa kan? Akhirnya sampai juga saya di rumah mak. Lenguhnya kaki hanya Allah yang tahu.

Tak hairanlah mengapa mereka tidak kenal saya, kerana saya 'wujud' di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang hanyalah sebentar. Seawal usia 13 tahun hingga 17 tahun duduk di asrama. Selepas itu di kampus UIA pula. Kemudian bekerja di Kuala Lumpur dan seterusnya berumahtangga dan kini menetap di Cheras.
Inilah simpang masuk kampung halaman saya
Foto: http//malaysianland2011.blogspot.com


Tersenyum saya tatkala teringat kisah lalu hingga tergerak dalam hati mahu menulisnya di sini sebagai CATATAN PENGALAMAN diri.

Begitu jugalah dalam perniagaan. Lagi-lagi SURI PROFESIONAL seperti saya yang berniaga dari rumah. Jika saya tidak dikenali sebagai konsultan/stokis QASEH GOLD di tempat sendiri, bagaimana mahu menguasai tempat lain pula kan???

Malam Anugerah Extravaganza
Gaseh Gold 2014




No comments:

Post a Comment