Sunday 7 August 2016

Pengenalan Diri Bahagian Kedua

Teks: Mardiana Alias


Bismillahirrahmanirrahim

Entri ini adalah sambungan dari entri pertama saya KLIK SINI
Kali ini saya ceritakan kisah bermulanya perjalanan saya sebagai SURIRUMAH dan juga sebagai SURI PROFESIONAL.

Sejujurnya pada fasa awal bergelar surirumah, saya memang stress. Kelam-kabut menguruskan segala hal rumahtangga. Dari waktu bangun tidur, sehinggalah waktu mahu melelapkan mata diulit mimpi pada waktu malam. Alhamdulillah dengan bantuan suami dan juga anak-anak, perlahan-lahan saya mula jatuh cinta dengan kerjaya baru saya iaitu sebagai surirumah. Sebab apa? Kerana masa saya lebih banyak dihabiskan bersama orang-orang yang saya sayang. 

Sebelum tidur biasanya saya rancang dahulu apa yang ingin saya selesaikan pada hari esok. Basuh kain, angkat jemuran, jemur kain, lipat kain, menggosok pakaian, memasak, mengemas rumah, bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Setelah beberapa bulan bergelar surirumah, saya terfikir pula mahu berniaga semula. Ya, saya pernah berniaga dahulu tetapi tidak secara serius. Lebih kepada mengisi masa yang terluang sahaja. Kali ini saya seolah-olah temui semangat baru. Mahu cuba sesuatu yang bukan bidang yang saya pelajari dulu. BERNIAGA! Dan bermula lah perjalanan saya sebagai SURI PROFESIONAL QASEH GOLD.

Bermula dari mengamalkan Qaseh Gold Adinda pada Oktober 2013, saya terus mendaftar sebagai Rakan Niaga selepas yakin bahawa produk ini sangat bagus kerana bukan sahaja diperbuat dari bahan-bahan yang terbaik, malah ia juga mudah untuk diamalkan. Pepatah 'tak kenal maka tak cinta' sangat bertepatan dengan saya. Setelah jatuh cinta dengan Qaseh Gold dan mendalami pelan pemasarannya, saya amat bersyukur pada Allah kerana mempertemukan saya dengan satu peluang niaga yang berlandaskan syariah. Sungguh saya pasti bahawa pilihan saya adalah tepat kerana terbukti ia telah membantu saya menjana pendapatan walaupun bergelar surirumah. Jika saya boleh, pasti suri yang lain juga boleh, bukan?

Sekian dahulu ya. In Shaa Allah kita bertemu di entri seterusnya.



No comments:

Post a Comment