Sunday 21 August 2016

Rangsang Anak Jadi Bijak SIRI 1

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua
Pagi ni suri nak kongsikan beberapa TIPS MERANGSANG ANAK JADI BIJAK
Tidak perlu menghabiskan wang ringgit membeli alat permainan yang mahal-mahal sebenarnya
Hakikatnya anak yang dikandung itu sudahpun menjalani siri pembelajaran tak langsung dari perlakuan ibunya.

Ini adalah antara rangsangan yang suri amalkan pada keempat-empat anak2 suri
Nampak simple kan?
Sebenarnya inilah tips paling penting bagi merangsang perkembangan otak si anak.


1. BERTENTANG MATA. 
Luangkan masa dengan anak dan renung dalam-dalam anak matanya. Bayi sedang 'install' wajah ibu dalam memorinya

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Bab ni paling seronok. Walaupun bayi belum dapat memahami apa yang dibualkan. Beri masa beberapa saat untuk bayi respon. Lama-lama bayi akan faham

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Alhamdulillah sejak anak pertama suri tanamkan dalam diri na susukan anak selama mana yang boleh. Syukur pada Allah, anak-anak suri dapat suri susukan hingga usia mereka 2 tahun. Dan sekarang sedang susukan 'Ammar Farhan yang berusia 7 bulan.
Biasanya semasa menyusu suri akan renung mata mereka. Bercakap sambil usap kepala mereka. Sebab itulah agaknya anak-anak lebih rapat dengan ibu kan? 

4. JELIRKAN LIDAH
Dalam 10 cuma yang ini je yang suri TAK BUAT
Hehehe...
Point nya di sini, bayi seawal usia 2 hari boleh meniru aksi yang dilihat. 
Jadi boleh juga jika kita tukar dari jelirkan lidah pada memek muka yang lain bagi merangsang otak bayj kan?

5. HASILKAN BUKU BINATANG
Suri bukan ibu yang kreatif sangat. Jadi nak hasilkan buku sendiri memang mustahil.
Jadi apa suri buat ialah bawa anak ke zoo dan ambil gambar haiwan2 yang ada.
Sambil anak tengok gambar, sambil terangkan haiwan apa dan kenalkan serba-sedikit tentang bunyi dan makanannya.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA
Cair hati suri bila dengar anak gelak terkekek-kekek bila di geletek!
Sebenarnya ini juga boleh rangsang kepekaan anak-anak juga.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN
Uji ketajaman mata anak dengan beri 2 gambar dan minta cari perbezaan.
Contoh ambil gambar ayam dan itik.
Macam-macam idea yang anak akan keluarkan nanti.
Seronok! Cubalah!

8. BERKONGSI PANDANGAN
Setiap kali bawa anak-anak keluar rumah, suri akan layan mereka bercakap.
Untuk anak yang masih bayi, suri yang akan bercakap dan tunjukkan burung ke, pokok ke atau apa sahaja
Bagi anak-anak yang dah boleh bercakap, dengarkan celoteh apa yang mereka nampak dan layan setiap pertanyaan mereka dengan sabar. Sebab itulah waktunya sel-sel otak mereka berhubung.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Ada kajian mengatakan muzik ada kaitan dengan matematik. Patut la suri suka nombor sebab suri memang suka menyanyi dan dengar muzik.
Jadi part ni memang suri suka buat dengan anak-anak. Sebenarnya banyak teladan yang kita boleh ajarkan pada anak melalui lagu kanak2 ni. Nanti ada masa suri kongsikan ya.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. 
Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.


Rasanya cukup dulu setakat ini ya.
Suri doakan para ibu di luar sana sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak. Kerana mereka adalah anugerah yang tak ternilai.
Jumpa di lain entri ya. Terima kasih kerana sudi baca celoteh suri ni ya.

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras

No comments:

Post a Comment