Friday 12 August 2016

Anak-Anak Penguat Semangatku

Teks: Mardiana Alias
Foto: Mardiana Alias


Renung wajah anak-anak di kala mereka lena
Amatlah membahagiakan
Rasa tenang hati kan?
Mereka adalah anugerah dari Allah buat saya dan juga suami
Di usia perkahwinan menjangkau ke angka 10 tahun, alhamdulillah kami diserikan dengan 4 cahayamata yang sangat comel dan bijak

Sejak memegang title SURI PROFESIONAL QASEH GOLD, ke mana sahaja saya pergi, mereka pasti akan ada bersama. Hatta ke kelas pun saya akan bawa mereka. Sama ada seorang sahaja yang paling kecil, ataupun bersama kakak-kakaknya. Kerana bagi saya anak-anaklah penguat semangat saya. Mereka lah BIG WHY saya untuk terus mengorak langkah sebagai SURI PROFESIONAL yang berjaya. In Shaa Allah Aamiin.

Alhamdulillah dipertemukan dengan  Syarikat Ana Edar yang amat memahami para usahawan wanita yang mempunyai anak. Inilah salah satu kekuatan Ana Edar, kerana membenarkan kami membawa anak-anak ke majlis ilmu yang diadakan. Jadi ianya memudahkan kami meningkatkan ilmu di dada dengan rasa tenang.

Jangan pernah menganggap anak-anak sebagai penghalang untuk kita berjaya. Kerana sesungguhnya mereka adalah anugerah yang tak ternilai.

Sekian dulu dari saya ibu anak 4 ;-)
Salam Jumaat penuh baroqah

Ikhlas,
Mardiana Alias
Konsutan/Stokis
Qaseh Gold Cheras

Semasa di NQN
Kelas Offline Bina Blog bersama Cikgu Anys


Acara Wajib Selepas Kelas
Merestok Barang Dagangan
Bersama Leader Azurah





No comments:

Post a Comment