Friday 12 August 2016

Makanan/Minuman Sebagai 'MILK BOOSTER'

Teks: Mardiana Alias
Foto: Sumber Carian Google


Bismillah
Assalamualaikum suri hebat!
Petang ni saya nak kongsi sikit mengenai MILK BOOSTER.
Adakah sama untuk semua orang?
Sering kali ibu-ibu muda kebingungan bila ada yang menyarankan makan ini susu melimpah keluar bak air paip, minum ini susu mengalir deras baik air terjun!
Aduhai ibu, banyakkan membaca ya
Jangan percaya terus apa yang disarankan

Ok, mungkin kita perlu tukar dari 'milk booster' kepada 'energy booster'.
Kerana dengan adanya tenaga di mana ibu tidak keletihan, emosi ibu berada di tahap stabil, sudah tentu pengeluaran susu juga lancar. Andai mahukan keterangan secara ilmiah, boleh lah hubungi pakar laktasi yang bertauliah ya. Saya belum lagi layak memegang jawatan tersebut. Cuma mempunyai pengalaman menyusukan 4 orang anak dan melalui pembacaan serta sering bertanya pada sahabat-sahabat yang merupakan pakar-pakar laktasi. Jadi boleh lah saya kongsikan sekadarnya pada ibu dan suri di luar sana ya.

Amat penting bagi ibu yang menyusukan anak itu mengawal stres/emosinya. Andai ianya terganggu, makanlah sebanyak mana pun booster, tetap pengeluaran susu akan terganggu.

Suka saya nak kongsikan ENERGY/MILK BOOSTER yang paling cepat kesannya pada saya dengan ibu/suri semua.

Ianya ada disebut-sebut dalam Al-Quran, iaitu KURMA. Kenapa kesannya pantas ya? Dari ilmu yang dibekalkan oleh Ana Edar untuk semua konsultannya, kami semua maklum bahawa di dalam kurma itu terdapat gula ringkas yang memberi tenaga secara pantas/segera. Sementelah itu, kita disunatkan memakan kurma ketika berpuasa sebagai sumber tenaga.

Dan, sekarang serba-serbi mahu mudah dan cepat. Maka dari kurma saya tukar pula mengamalkan qaseh gold.

TAHUKAH ANDA 80% DARI KANDUNGAN QASEH GOLD ADALAH DARI KURMA DAN JUGA MADU

Andai anda ibu/suri di luar sana, mahu sembang-sembang tentang penyusuan susu ibu, boleh lah hubungi saya ya. In Shaa Allah saya dengan hati terbuka bersedia berkongsi rasa dan pengalaman bersama kalian.

Sekian dulu. Jumpa lagi ya.
Selamat berhujung minggu buat suri semua

Ikhlas,
Mardiana Alias
011-15226503
Konsultan/Stokis
Qaseh Gold Cheras





No comments:

Post a Comment